TRIONOVEL MAC 2009

meniti-maut

MENITI MAUT – eyman hykal…[432 m/s]

GOLD. GLORY. GOSPEL. Slogan penjajahan barat ini masih menjadi anutan konglomerat imperialis dan neo-kolonialis pada hari ini. Untuk menjajah kembali ke dunia sebelah sini, mereka mula menghantar ejenejen untuk menyusup ke dalam syarikat-syarikat utama Malaysia. 

Kedatangan ejen-ejen ini disedari BISIK, atau Biro Risikan Negara, sebuah badan yang bertanggungjawab melakukan penyiasatan keselamatan. BISIK segera memaklumkan perkara ini kepada Perdana Menteri. Namun, PM tidak percaya melainkan jika memperoleh bukti kukuh.

Untuk itu, BISIK perlu pantas bertindak untuk memerangkap Bruce McCallum, ejen musuh yang telah dikenal pasti. Fariz Zafar, seorang petugas muda BISIK diarahkan untuk melaksanakan operasi yang mencabar ini.

Bukan mudah untuk mengheret Bruce McCallum yang licik ini. Dan, Fariz Zafar bukan sahaja mempertaruh nyawanya, malah dia kehilangan mereka yang tersayang! MENITI MAUT ~ sebuah novel aksi yang penuh intrigue.

 

HIKMAH HATI – maszlee malik…[208 m/s]

hikmah-hatiDI bumi Aden, Ghulam dilahirkan sebagai anak yatim. Dialah yang menyara si ibu yang sudah tua dengan bekerja di kedai membuat kaca dan mengembala kambing. Hatinya sering dihiburkan dengan cerita si Ma’di al-Najjar yang buta itu tentang sejarah bumi Yaman, Saba, kerajaan Rom dan Empayar Parsi. 

Suatu hari, tersebar perkhabaran tentang pencarian seorang budak keturunan Bani Israel yang pintar untuk menggantikan Shaylam, ahli sihir istana yang semakin gering. Dia teruja hendak menjadi ahli sihir dan orang kepercayaan Shah, raja kerajaan Himyar yang dianggap sebagai jelmaan tuhan. Hidup ahli sihir istana dilimpahi dengan kesenangan, kekayaan dan kehormatan. Apatah lagi dapat berdampingan dengan Shah yang disembah oleh semua rakyat jelata!

 

 

 

 

tarikh-luput-cinta

TARIKH LUPUT CINTA – lynn dayana…[512 m/s]

Airel, seorang eksekutif muda telah dituduh pecah amanah kerana menggunakan wang syarikat. Disebabkan tuduhan itu, dia diberhentikan kerja serta-merta. 

Dalam kesempitan hidup, tiba-tiba dia ditawarkan dengan harta bernilai RM22.5 juta daripada seorang lelaki yang tidak dikenali. Namun, untuk meraih harta itu, dia dikehendaki ke Langkawi. Di sana, dia bertemu dengan Rezzal dan Imanina. Mereka juga mendapat tawaran yang serupa.

Tuan Haji Kamarul, seorang lelaki tua yang sangat berpengaruh. Namun, sayang… dia tiada anak untuk mewarisi segala perniagaannya. Lantaran itu, Airel, Imanina dan Rezzal telah dipilih untuk menjadi pewarisnya. Namun, dia bukan ingin memberi dengan cara yang mudah. Tarikh luput diberikan kepada mereka untuk merebut harta ini.

Pada saat impian hampir tercapai, tiba-tiba wujud insan keempat sebagai pesaing. Pesaing yang inginkan mereka semua musnah! Musnah, supaya harta yang diidam-idamkan itu menjadi hak mutlaknya seorang. Namun, siapakah insan keempat ini dan apakah muslihat Tuan Haji Kamarul memilih mereka untuk merebut hartanya?

Sempatkah salah seorang daripada mereka memenangi pertandingan ini sebelum tarikh luput yang diberikan? Tarikh Luput Cinta… Debarannya menyesakkan dada!

Comments are closed.

%d bloggers like this: