TRIONOVEL JUN 2009

kalimah-jiwa

KALIMAH JIWA

haiza najwa…[512 m/s]

IFLIANY sama sekali tidak menduga, suami sendiri sanggup mengurung dan melacurkannya. Air mata tidak henti merawat luka di hati. Setiap hari dia menadah tangan, semoga neraka dunia itu bukan tempat untuk dia selama-lamanya.

Doanya termakbul… dia diselamatkan oleh Naqlis. Pemuda itu bagai menyuluh sinar bahagia untuknya, menjirus bersih noda di seluruh tubuhnya. Status lelaki itu sebagai peguam melayakkan Ifl iany mendapat pembelaan. Kedurjanaan Fahren, si suami wajib dihukum!

Namun, laporan pemeriksaan doktor sungguh memeranjatkan. Ifl iany masih dara! Lantaran itu, apa bukti dia seorang pelacur? Dan apa pula tindakan Naqlis untuk mendakwa Fahren?

 

 

jawapan-yg-pasti1JAWAPAN YANG PASTI

eka fahara…[512 m/s]

ORANG kata, bercinta dengan dengan golongan artis amat membahayakan kerana hu-bung an pastinya tidak akan kekal lama. Namun bagi Kyra, dia percaya kepada Ariff kerana amat mengenali lelaki itu, jiran sebelah rumahnya. Tidak mungkin Ariff sanggup mempersendakan cinta dan kasih sayang mereka.

Namun, langit tidak selalunya cerah. Hubungan mereka yang sudah mendapat restu daripada keluarga tidak bermakna lagi buat Kyra. Kenyataan Ariff yang terpampang di dada akhbar benar-benar merobek hatinya. Sanggup lelaki itu menafi kan hubungan mereka ketika disoal media dan menyatakan bahawa Kyra hanyalah jirannya.Gadis itu lantas membawa diri yang lara. Dia nekad tidak mahu berjumpa dengan lelaki itu.

Namun, dunianya yang sudah tenang dikocak pula dengan berita Ariff ditangkap khalwat. Bencinya terhadap lelaki itu sudah tidak dapat dibendung lagi.Ariff baru tersedar daripada peristiwa hitam itu. Dunianya pula semakin gelap tanpa Kyra di sisi. Dia harus memperisterikan Kyra kerana masih lagi menyayangi gadis itu.

Namun, apa yang dibimbanginya… adakah gadis itu masih mahu bertamu di hati-nya sedangkan mendengar suaranya pun sudah tidak sudi lagi?

 

cinta-hati-kitaCINTA HATI KITA

h. m. tuah iskandar…[512 m/s]

IMPIAN Manis ingin memiliki rumah tangga yang aman dan bahagia. Tapi, apa yang tersurat, dia menjadi isteri kedua. Maka terpaksalah dia berkongsi sekeping hati. Manis sering ditinggalkan sendirian. Malahan, pertemuan dengan suaminya perlu secara sembunyi-sembunyi.

Bagaimanapun dia redha menghadapinya demi kasihkan si suami.Sepuluh tahun Manis merahsiakan identiti suaminya. Selama itulah dia menelan umpat keji jiran-jiran yang menuduhnya perempuan simpanan. Kelahiran lima orang cahaya mata menguatkan lagi tuduhan mereka terhadapnya. Namun, langit bagai mahu runtuh bila perkahwinan rahsia mereka telah dihidu oleh pihak media.

Seluruh negara gempar dengan berita itu. Suami Manis rupa-rupanya seorang tokoh yang dihormati ramai!

Comments are closed.

%d bloggers like this: